Jom singgah cerita-cerita menarik

Friday, March 25, 2011

"contest :PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR"

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Kali ini saya nak join contest lak.. Nama contest tu ialah "contest :PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR"...


Hah.. Sebenarnya contest ini telah dianjurkan oleh Bro Qhaisrose.. Segala syarat boleh lah klik kat banner di atas..


"SAYA ANAK MELAYU, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA" 

Fuh tiba-tiba semangat melayu membuak-buak.. Walaupun semangat melayu tengah menggelegak, tetapi di Malaysia tetap bangga dengan semangat 1Malaysia. Tiada diskriminasi antara kaum.. huhu.. Untuk contest ni saya nak letk gambar di atas tu la.. Itu gambar saya dengan kakak saya.( bukan awekz) huhu..
Bukan saya sahaja yang semangat tau ramai lagi.. Di sebabkan boleh letak sampai 999 gambar saya nak tambah la.. huhuhu.. 




Gambar-gambar kat atas sume adalah generasi penyambung warisan melayu. Kami akan bersama-sama memartabatkan pakaian tradisional melayu..

Kenapa saya join contest ni?
Saya join contest ni sebab saya nak sama-sama memartabatkan pakaian tradisional melayu. Saya juga nak menyeru walau apa jua revolusi yang datang kat Malaysia jangan sekali-kali lupa asal-usul kita.

Tagline?
"REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU KE PERSADA DUNIA"
sebab pilih tagline ni.. Saya nak dunia lihat keistimewaan melayu yang mereka tiada.

Saya nak tag:-

Musim Hujan Sudah Tiba~~

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sudah seminggu Shah Alam menerima hujan setiap hari. Syukur lah. Sejuk je kan. Kalau sudah sejuk tidurlah jawabnya.. hahaha..
Memang best sangat musim hujan kan. Tetapi ada PRO dan CONTRA nya. Bagi saya seorang pelajar, kalau hujan, lagi-lagi kalau waktu pagi masa nak pergi kelas. Ish sedih kot hujan nak redah nanti basah.. Lebat sangat kot. huhu.. (sedih ke??) Mestilah orang nak belajar..

Hah ni gambar sekitar Pusat Komersial Seksyen 7:-













Hujan lebat yang turun dari pukul 3 ptg sampai pukul 7 mlm tak henti-henti.
Dekat Federal Highway kat gambar atas ni mesti "traffic jam" kalau hujan.. ish~~ Sabar jela..

p/s : Hujan kan rahmat adalah kelebihan daripada Nya.. Berhati-hati di jalan raya...

Friday, March 18, 2011

Rentetan Peristiwa Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Mesti korang tau entri saya kali ni kan.. Tajuk pun pasal Gempa bumi dan Tsunami di Jepun kan.. huhu.. 
Hari ni adalah genap seminggu peristiwa yang sangat menyentuh perasaan seluruh dunia berlaku di Jepun. Walaupun negara Jepun yang yang mengalami kerosakan teruk akibat Gempa bumi dan Tsunami tetapi dunia juga terkena tempiasnya. Seluruh dunia adalah bersaudara dan jika setiap satu daripada negara terkena musibah negara yang lain pasti akan terasa. Mereka pasti akan memastikan bantuan sampai dengan segera. Saya memang tabik gileerr ar dengan kesatuan yang terjalin setiap negara. Dan yang penting Malaysia salah satu daripadanya...

Berikut antara rentetan Gmpa Bumi dan Tsunami di Jepun:-

Sumber Buletin Utama TV3

11 Mac 2011; Jam 14:46 waktu tempatan, Gempa Bumi dengan magnitud 8.9 pada skala Richter telah melanda Pantai Timur Honshu, Jepun. Susulan daripada gegaran tersebut, Tsunami setinggi 4 meter yang telah meruntuhkan bangunan dan menghanyutkan kenderaan di sepanjang perairan dekat pusat gempa bekenaan.


12 Mac 2011, Letupan loji pertama reaktor nuklear Fukushima dan empat orang cedera.


14 Mac 2011, Letupan kedua loji reaktor nuklear Fukushima dan dijangkakan Jepun akan terancam jika satu lagi loji meletup.Ini telah memusnahkan bangunan serta 11 orang pekerja telah cedera. Paras air menurun di reaktor lain secara mendadak menunjukkan keadaan sangat panas dan bahaya. Amaran juga telah dikeluarkan oleh pihak kuasa Jepun. Lebih kurang 180,00 orang telah dipindahkan bagi mengelak tekena kesan radiasi dan kira-kira 160 orang mungkin terkena kesan radiasiradioaktif itu.

15 Mac 2011, Letupan kedua loji reaktor nuklear Fukushima. Semua penduduk Jepun yang berada di sekitar 20km hingga 30km radius di sekitar loji diminta tidak keluar dari rumah.

Ni pula antara gambar di Jepun akibat Gempa Bumi dan Tsunami:-

Beginilah keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP

Keadaan loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS

Seorang bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo
Negatif radiasi... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun

Helikopter tentera melepaskan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima Daiichi, semalam. - Foto REUTERS
Gambar dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo

Mangsa gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS


Muatan kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


Tuesday, March 15, 2011

Buat Duit Dengan iPanelonline

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Entrikali ni saya nak kongsi dengan blogger-blogger sekalian bagaimana buat duit tanpa tingkat trafik...
Semalam saya ada terbaca kat blog sayanakhiburan mengenai cara buat duit tanpa tingkat trafik.. Macam saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia BLOGGER ini trafik agak biasa sahaja jadi saya tertarik dengan entri tersebut..


Hah nak tau macam mana nak buat duit tanpa tingkat trafik?? Jawapannya ada pada iPanelonline. Kalau nak tau klik iPanelonline.. Kalau nak tau cara-cara nak daftar adalah seperti berikut :-
  1. Firstly, klik iPanelonline
  2. Kemudian, register lah kan 
  3. Lepas dah register korang leh klik kat "Mata Saya"... korang akan diberi mata percuma oleh pihak iPanelonline sebanyak 50 ataupun RM0.50
Macam Mana Nak Tambah Mata @ Duit
  1. Selepas 1 hari atau beberapa jam selepas tu korang akan terima 2 survey (bergantung kepada pihak iPanelonline)
  2. Korang jawab survey tu dengan sejujur-jujurnya (perhatian : kalau korang jawab jujur akan menambah peluang anda untuk mendapat mata yang banyak...)
  3. Pastu semak mata pada kolum pemberian... (contoh : 600 mata = RM 6.00)


Berikut contoh survey yang saya telah terima tau.. agak banyak jugak kan... betol tau!!





Ramai gak lah yang dah dapat duit dengan iPanelonline ni tai.. korang leh klik iPanelonline ni tau.. Kalau korang nak bukti leh klik earncent ok..

Sumber : sayanakhiburan

Contest SODUKO Cik Rosie


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!

Tadi saya ada baca kat blog Cik Rosie yang cute sangat(dah puji leh menang tak) saya terbaca contest soduko ni... SODUKO yang Cik Rosie bagi 2 seperti di bawah

best gak la main soduko tu yang rasa nak join.. Senang je soduko main dan menang (harap-harap lah ea).
Buat Cik Rosie ni la jawapan saya.



Kepada blogger2 yang nak join soduko ni leh lah klik blog Cik Rosie semua syarat ada kat situ.
Untuk sedikit gambaran tentang contest ini, syarat-syaratnya adalah :-

  1. Buka la blog Cik Rosie, baca entry "1st give away AKA contest from me" dan copy SODUKO seperti di atas.
  2. Jawab SODUKO tu sampai dapat tau. Tak dapat tak boleh makan.(gurau jer)
  3. Buat entry kat blog pasal jawapannya (Cik Rosie cakap mention lah cikit blog beliau.. lagi bagus puji2 la cikit) huhuhu..
  4. Kena jadi follower Cik Rosie
  5. Letak link Cik Rosie kat blog korang
  6. Dalam entry 2 Cik Rosie nak korang letak video lagu yang best2.. Video feveret pon boleh
  7. Comment kat entry Cik Rosie blog korng
  8. Yang penting Cik Rosie akan review blog sape anta dulu dan kalo btol~~~ YEZZZAAAA..


Cik Rosie saya nak video terfeveret saya ni.... Best sangat2 5stars~~





p/s : cuba teka berapa kali nama Cik Rosie di tulis di atas?? huhuhu

Saturday, March 12, 2011

F.A. Cup : Manchester United vs Arsenal

Perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Red Devil dan The Gunners. Pelawanan yang dijangka diadakan pada 13/3/2011 jam 1:15 pagi waktu Malaysia. Red Devil yang masih terasa kekalahan dengan musuh utama iaitu Chelsea dan Liverpool akan menurunkan barisan terbaik untuk menjinakkan The Gunners di laman sendiri walaupun beberapa pemain tidak dapat bermain kerana masalah kecederaan seperti Nani yang tidak dapat beraksi untuk perlawanan ini dan juga Liga Juara-Juara Eropah menentang, Olympique Marseille gara-gara kecederaan, begitu juga tanpa Rio Ferdinand, Park Ji-sung dan Antonio Valencia yang turut dalam senarai kecederaan.


Arsenal juga senasib dengan United selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Barcelona dan tewas kepada Birmingham dalam Piala Liga kira-kira dua minggu lalu. 



Barisan kemungkinan Manchester United: 
Van der Sar; Rafael, Smalling, Vidic, Evra; Fletcher, Carrick, Gibson, Giggs; Berbatov, Rooney







Barisan kemungkinan Arsenal: 
Almunia; Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs; Denilson, Wilshere, Nasri; Bendtner, Van Persie, Arshavin.




p/s: Man U will never walk alone~~

Friday, March 11, 2011

Isu Saman "Student" di UiTM Dungun

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi petang tadi macam biasa buka facebook, saya ada terbaca mengenai isu saman di kolej di UiTM Dungun. Apa yang menariknya isu tersebut "post" di "wall" Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Bagi saya pada mulanya isu ini agak serius la sebab bukan sorang dua yang post tetapi lebih dari 10 orang juga lah.




Antara rungutan Student UiTM Dungun


Walaupun banyak rungutan yang diutarakan, ada juga student yang menyatakan semua tuduhan tersebut adalah rekaan semata. Mungkin mereka nak ambil perhatiaan kot.. Ntah lah!!!

Yang ini pula student yang menyangkal semua tuduhan tersebut




Setelah siasatan dijalankan dan pihak atasan iaitu Prof. Madya Azhari merangkap Timbalan Pengarah telah turun padang menyelasaikan masalah tersebut.

Berikut antara komen yang diberikan oleh student setelah segala masalah dapat diselesaikan :-





Berikut pula komen yang diberikan oleh Timbalan Canselor  Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar



Hah yang penting doa dari Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar~~ AMIN...




Sumber : 1uitm.com dan myfirdaus

p/s : Semoga kita sentiasa bersatu-padu.. Hidup UiTM!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

Raja Azura, Shira dan Zizan Hos ABPBH2010


Zizan Raja Lawak akan bergandingan dengan dua 'Hot mama' iaitu Raja Azura bersama Sharifah Shahirah atau Shira megacarakan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 3 April 2011, jam 9 malam.

Pengumuman ketiga-tiga hos itu telah dimaklumkan dalam satu majlis sidang yang telah berlangsung di Holiday Villa, Hotel & Suite petang semalam. Malah, sidang media itu turut mengumumkan senarai artis-artis yang akan menyampaikan trofi dan yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.

Pada majlis itu juga, penganjur turut mengumumkan penglibatan Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja, manakala Celcom Axiata Berhad pula selaku penaja utama. Penyerahan tajaan telah dilakukan oleh wakil penaja masing-masing kepada Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Encik Mahfar Ali merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Bertemakan Moden Klasik, acara gilang-gemilang yang diadakan dengan tujuan untuk memartabatkan penggiat seni tanah air ini akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands serta bersiaran langsung di TV3. Ia juga akan ke udara menerusi Hotfm, jam 9 malam, 3 April 2011.


Sumber: Beautifulnara


Berikut senarai penuh penyampai trofi dan artis membuat persembahan:-


Penyampai trofi
1. Aeril Zefril
2. AG- Hot FM
3. Ahmad Idham
4. Aida Aris
5. Aida Khalida
6. Anita Sarawak
7. Ashraf Muslim
8. Bintang Idola
9. Dynaz Mokhtar
10. Fahrin Ahmad
11. Faizal Tahir
12. Fasha Sandha
13. Fizz Fairuz
14. Hans Isaac
15. Irma Hasmie
16. Jehan Miskin
17. Juliana Evans
18. Kamal Adli
19. Natasha Hudson
20. Raja Azmi
21. Rita Rudaini
22. Sharnaaz Ahmad
23. Shah Jaszle
24. Sharifah Zarina
25. Sheera Iskandar
26. Suraya Hot FM


Artis Yang Membuat Persembahan:
1. Adira
2. Along
3. Altimet
4. Alyah
5. Ana Raffali
6. Angah Raja Lawak
7. Anuar Zain
8. Azlan & The Typewriter
9. Dato' Siti Nurhaliza
10. Ella
11. Farhan
12. Hujan
13. Johan Raja Lawak
14. Nabil Raja Lawak
15. Ning Baizura
16. Shima Bintang Idola
17. Suhaimi Meor Hassan
18. Yuna
19. Zizan Raja Lawak


Sumber : Murai.com
p/s: siapa artis yang dinanti-nantikan buat persembahan??...
      Dato' Siti Nurhaliza la kan.... kompem meletop nanti..

Thursday, March 3, 2011

Senarai Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Senarai calon finalis untuk top 5 Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) telah pon diumumkan yang menyaksikan pemenang Juara Lagu 25 Ana Raffali dan Raja Azura mendahului senarai pencalonan dengan masing-masing dicalonkan dalam 3 kategori. Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) akan diadakan di Genting Highlands pada 3 April 2011.

Walaupun masih berduka kerana ketiadaan Dato' Siti Nurhaliza pada kali ini dan seterusnya, tetapi saya tetap meyokong ABPBH 2010..Harap-harap ada persembahan Dato' Siti Nurhaliza nanti.. Dato' Siti Nurhaliza menang Anugerah Bintang Paling Popular sebanyak 7 kali dan Mawi sebanyak 3 kali... rasanya lepas ni ada tak yang boleh pecah "record" Dato' Siti Nurhaliza.. Meh kita tengok calon-calon ABPBH 2010.....


PENYANYI LELAKI POPULAR

1.Aizat
2.Anuar Zain
3.Black
4.Faizal Tahir
5.Shahir


PENYANYI WANITA POPULAR

1.Adira
2.Ana Raffali
3.Alyah
4.Stacy
5.Yuna


ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

1.Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
2.Azlan & Typewriter
3.Bunface
4.Meet Uncle Hussain
5.6ixth Sense


PENYANYI NASYID POPULAR

1.Hijjaz
2.Inteam
3.Mirwana
4.Rabbani
5.Raihan


PELAKON TV LELAKI POPULAR

1.Aaron Aziz
2.Ady Putra
3.Fizz Fairuz
4.Remy Ishak
5.Shahezy Sam


PELAKON TV WANITA POPULAR

1.Fasha Sandha
2.Lisa Surihani
3.Noorkhiriah
4.Scha Alyahya
5.Tiz Zaqyah


ARTIS BARU LELAKI POPULAR

1.Daus
2.Maulana
3.Shahir
4.Sharnaaz Ahmad
5.Shahz Jaszle


ARTIS BARU WANITA POPULAR

1.Adira
2.Ana Raffali
3.Mizz Nina
4.Murul Elfira Roy
5.Nur Syuhaida @ Dottie


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

1.Along
2.Angah
3.Johan
4.Nabil
5.Zizan


ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR

1.Didie Alias
2.Kenchana Dewi
3.Noorkhiriah
4.Raja Azura
5.Sharifah Shahirah


PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

1.Aaron Aziz
2.Bront Palarae
3.Remy Ishak
4.Shaheizy Sam
5.Syamsul Yusof


PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1.Diana Danielle
2.Lisa Surihani
3.Liyana Jasmay
4.Maya Karin
5.Scha Alyahya


PENGACARA TV LELAKI POPULAR

1.Ally Iskandar
2.Awal Ashaari
3.Aznil Nawawi
4.Jimmy Shanley
5.Zizan


PENGACARA TV WANITA POPULAR

1.Cheryl Samad
2.Fara Fauzana
3.Nurul Syuhada
4.Raja Azura
5.Sharifah Shahirah


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

1.Aznil Nawawi
2.Faizal Ismail
3.Halim Othman
4.Kieran
5.Salih Yaakob


PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

1.Abby Fana
2.Fara Fauzana
3.Linda Onn
4.Raja Azura
5.Sharifah Aleya


p/s: tahun nie nak Pak Nil or Ana Raffali menang Anugerah Bintang Paling Popular la... huhuhu
Related Posts with Thumbnails