Jom singgah cerita-cerita menarik

Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..



Join segmen Abg Ben lagi.
Saya memang BUKAN seorang perokok!!
Mungkin ROKOK menyebabkan ketagihan tapi mesti yakin boleh berhenti ROKOK..
Ayah saya dulu juga seorang perokok tegar tapi sekarang 100% berhenti.
Pengalaman saya lihat banyak kebaikan berhenti ROKOK ni antaranya:

# Duit boleh jimat lebih RM100 tau..
# Kat rumah dah tak ada orang batuk-batuk sebab asap ROKOK lagi..
# Tak segan lagi nak borak sebab mulut bau ROKOK..
# Kurangkan risiko sakit jantung..
# Dan yang penting mungkin akan MENYELAMATKAN nyawa sendiri dan orang lain..



Sunday, May 29, 2011

Liga Juara-Juara Eropah 2011: Barcelona Juara, Man Utd Gigit Jari Lagi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

 sumber google

Barcelona telah berjaya menundukkan Manchester United 3-1 di Stadium Wembley dan kejayaan ini telah menobatkan Barcelona sebagai Juara Liga Juara-Juara Eropah 2011.
Tahniah buat Barcelona dan Manchester United boleh cuba Liga Juara-Juara Eropah 2012 yang akan datang.



sumber google

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Hai Readers!!

Saya nak join segmen Abg Ben iaitu Ben Ashaari: Redah Blog Baru..
Kepada blogger-blogger baru seperti saya, jom kita sama join segmen ni senang jer..
Nak join klik banner di atas..
Lepas tu klik SINI dan SINI


Saturday, May 28, 2011

Penentuan Juara "European Cups" : Manchester United dan Barcelona

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!
Sumber google

Penentuan juara Liga Juara-Juara Eropah 2011 semakin hampir. Stadium Wembley bakal menjadi pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011 awal pagi esok iaitu 29 Mei 2011. Ini merupakan peluang terbaik pasukan kendalian Sir Alex Ferguson untuk menebus kekalahan 0-2 kepada Barcelona 2 tahun dahulu di Rome dan menjadikan pasukan Red Devils sebagai pasukan terkuat di Eropah.

Analisa terkini menunjukkan Barca mantap di bahagian serangan dan Man Utd pula mantap di bahagian pertahanan tetapi apa-apa pun boleh berlaku gandingan Rooney dan Chicharito yang semakin mantap pasti akan menggugat pertahanan Barca. Pertahanan Barca mungkin sedikit goyah kerana kecederaan lutut yang dialami Carles Puyol 4 bulan lalu masih menghantuinya.

Jangan lupa saksikan perlawanan diantara Juara Liga Inggeris 2010/2011 dan Juara Liga Sepanyol 2010/2011 untuk berebut menjadi Juara Liga-Liga Juara Eropah 2011 dan ditabal sebagai Pasukan Terhebat 2011.

p/s: Pilihan saya kompem la Man U. GLORY! GLORY! MAN U.....




Friday, May 27, 2011

Siti sertai Askar Wataniah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kanan), antara selebriti yang menyatakan persetujuan menyertai Askar Wataniah (AW) menerusi platun khusus dianggotai penggiat seni yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penyanyi nombor satu negara itu memaklumkan kepadanya hasrat menyertai AW selepas mendapat kebenaran suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Selain Siti Nurhaliza, Ahmad Zahid berkata, turut menyatakan persetujuan menyertai platun berkenaan ialah penyanyi Jaclyn Victor; pelakon dan pengacara, Maznah Zolkifli serta beberapa pelakon lelaki terkenal.

“Siti Nurhaliza bersama selebriti lain akan menjadi ikon AW dan diharap penyertaan mereka menarik minat ramai menganggotai pasukan terbabit,” katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semalam.

Ahmad Zahid berkata, seperti anggota AW lain yang menyertai pasukan itu secara sukarela, Siti Nurhaliza bersama barisan artis terbabit tidak terkecuali diwajibkan mengikuti latihan 39 jam setahun, selain perlu mematuhi syarat ditetapkan.

“Kita bercadang membawa semua selebriti mengikuti siri jelajah ke seluruh negara dengan beruniform lengkap bagi menarik golongan muda menyertai AW,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, melanjutkan tempoh latihan serta mengemaskini modul latihan fizikal dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara cadangan sedang diteliti kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan lagi keberkesanan program itu terhadap generasi muda.


p/s: Wah Dato' Siti sekarang semua nak masuk.. Bagus la berkhidmat untuk negara.. Pepepon a best of luck to Dato' Siti k.


Segmen Bloglist AbgTeror l Tanah Tumpah Darahku

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Entri kali ni saya nak nk join segmen dari Abg Terror iaitu Segmen Bloglist Abgteror Tanah Tumpah. Segmen ini tiada tarikh tutup dan terbuka kepada 500 penyertaan... Cara nak join senang je jawab 4 soalan seperti di bawah :

1) Dimana anda dilahirkan?
Saya di lahirkan di Kota Tinggi, Johor.


2)Dimana anda dibesarkan?
Dibesarkan di Bandar Tenggara, Kulai, Johor.

3) Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Semestinya Negeri Johor.

4)Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Sebab Negeri Johor tanah tumpah darahku. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Johor. Walaupun saya pernah belajar di Negeri Sembilan selama 5 tahun, di Negeri Perlis 3 tahun dan Negeri Selangor 2 tahun, Negeri Johor tetap pilihan hati.... Sekian..

4th Giveaway ilovecontestblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Jom join Giveaway dari Cik Asida
Nak join klik banner di atas atau klik SINI
dan klik SINI dan SINI

Saya nak tag

Monday, May 23, 2011

Telah Ku Sangka..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!! Selamat Malam semua..

Hari ini antara hari yang best gak lah.. Kenapa best?? Tadi masa kat pejabat, Bos dengan Brader-brader lain hari ini tak ada sebab ada mesyuarat tergembar pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT ULU LANGAT yang berlaku 21 Mei lepas. Tapi sebelum Bos pergi mesyuarat tersebut ada benda yang lebih penting berlaku tau.. Hari Ahad lepas, saya adalah cari sikit-sikit maklumat pasal kejadian tanah runtuh tersebut sebab saya dapat rasa aura sesuatu yang bakal berlaku nanti (Hari ini lah). huhuhu...

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, 

kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam 

kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali

Pagi tadi masuk pejabat macam biasa, lepas punch card nak pegi dekat meja dari jauh Bos panggil "Afifi! Sini kejap"... Hah suara Bos dah bergema satu pejabat. Memang dah agak Bos akan panggil nanti.. Saya fikir mesti Bos nak tanya pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT HULU LANGAT kelmarin. Sampai bilik Bos, Bos tanya "Afifi! Awak tahu apa yang berlaku minggu lepas".. 

Dengan confident saya jawab "Tahu Encik, TANAH RUNTUH DEKAT HULU LANGAT!!".

"Apa yang awak Pickup (hah ni lah soalan wajib Bos kat kitaorang student praktikal)?" Bos tanya lagi..

"mmmmmmmmmmmmm" tiada jawapan yang keluar dari mulut saya walaupun saya tahu lah sikit-sikit..

"Ok, cuba awak bagitau saya apa yang awak tahu kenapa tanah runtuh kat situ berlaku" Bos tetap tanya lagi..

"Kat situ ada........" Belum sempat saya habis cakap Bos celah jer dengan slumber Bos cakap "Ok, awak amik Semua paper ni awak extract data pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT ULU LANGAT tu dengan kawan-kawan awak yang lain. Lepas tu, nanti saya panggil kita bincang.

Fuh lega dengar Bos cakap macam tu. Then, saya pun pergi lah buat apa yang perlu.. hehe.

Apa-apa pun saya nak seru kepada Semua Readers, sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelajar yang terlibat dan keluarga mereka.

AL-FATIHAH~~~~~

p/s: mari kita sama-sama membantu mereka tidak kira secara fizikal atau hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.. AMIN....

Saturday, May 21, 2011

Mood Malam Ni~~

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Habis sudah konsert AF minggu ke-7.
Persembahan yang ditunggu-tunggu sedah tentu lah Fina kan.
Sekarang tengah mood PURNAMA MERINDU...
Dah lama tak dengar lagu tu..
Fina nyanyi lagu ni memang lain dari Siti Nurhaliza nyanyi tapi best gak lah..
Minggu ini minggu Fina...



Ni lagu Purnama Merindu yang Fina nyanyi.. Best sangat...

sumber youtube

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu



Ni pula nyanyian Dato' Siti Nurhaliza
sumber youtube

Jom layan lagu Purnama Merindu nyanyian Fina AF9 dan Dato' Siti Nurhaliza..


Siti Nurhaliza Buat Konsert Di Uitm Shah Alam.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
 Sumber google

Berita tergembar ni tau, Penyanyi nombor 1 negara akan mengadakan konsert di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam  berkemungkinan pada 9 Julai 2011. Konsert yang diberi nama Malam Gala SimplySiti adalah sebagai acara kemuncak aktiviti SimplySiti bersempena setahun produk SimplySiti yang diasaskan oleh Dato' Siti Nurhaliza sendiri.

Ini merupakan kolaborasi pertama diantara Dato' Siti Nurhaliza bersama UiTM. Beberapa hari lepas, Dato' Siti Nurhaliza juga telah menyumbangkan sebanyak RM30,000 kepada Naib Canselor UiTM, Dato' Sahol Hamid Abu Bakar untuk Tabung Mengubah Destinasi Anak Bangsa UiTM.

SimplySiti telah mengadakan banyak aktiviti bermula bulan Januari lepas antaranya mengumpul Wajah-Wajah SimplySiti di Facebook, bengkel-bengkel Simply Beauty Workshop bersama Nurul Syukor dan Rizman Ruzaini  dan macam-macam lagi lah aktiviti.

Apa yang lebih menarik pada konsert tersebut, kepakaran dan hasil tangan pelajar UiTM sendiri akan digunakan seperti dalam bidang muzik dan fesyen. Dato' Siti Nurhaliza akan mengenakan pakaian yang disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar UiTM. Bangga juga jadi student UiTM kan sebab penyanyi nombor 1 negara nak guna khidmat student UiTM.

Sumber google

Selain Dato' Siti Nurhaliza, selebriti yang akan bersama-sama menjayakan Malam Gala SimplySiti adalah Amy Search, Aizat, Ana Raffali dan Faizal Ismail sebagai pengacara pada malam tersebut. 

Bagi yang berminat boleh menghubungi talian 03-55444860 bermula pada 1 Jun 2011. Pengguna-pengguna masih boleh berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket percuma ke Malam Gala SimplySiti ini dengan sejumlah pembelian barangan SimplySiti di sepuluh cawangan terpilih Watsons Midvelly, KLCC, Alamanda, Sg Wang, SACC Mall, Sogo serta Gaurdian Ulu Klang, Giant Kelana Jaya dan Giant Prima Saujana. Bukan student UiTM sahaja yang dijemput semua warga Malaysia dialu-alukan memeriahkan Malam Gala SimplySiti .

Sumber Kosmo

p/s: Tiba-tiba berasa bangga menjadi warga UiTM. huhuu

Friday, May 20, 2011

Setelah 2 Minggu Praktikal Apa Yang Dapat ea????

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!
Sumber google

Hari ini genap lah 2 minggu saya ber-praktikal di Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor. Setakat ini lah best juga lah buat praktikal kat JKR ni.. Saya nasib baik dapat kat Bahagian Geoteknik dan Forensik sebab setahu saya jabatan lain kurang kerja yang berkaitan Civil Engineering. Hehe..Betul lah ni hasil survey dari member-member lain lah.. Bahagian Geoteknik dan Forensik kat JKR ni baru 6 bulan ditubuhkan dan cuma ada 4 orang kakitangan je.. Sikit sangat tu.. 

Ekspresi hari pertama praktikal

Nasib baik lah ada kami student praktikal 3 orang yang sedia membantu. Sepanjang kitaorang praktikal kat JKR banyak dah kitaorang dah buat tau.. Saya fokus more to forensic work maksudnya saya akan banyak keluar untuk buat lawatan forensik ke tempat atau mana-mana bangunan yang bermasalah. Kerja lepas tu saya akan buat report masalah tu dan cara baik pulih.. Tapi report tu bos cek dulu lah.. Takkan budak baru belajar punya report nak hantar terus.. hehe.. Lagi best Bos sempoi je. Perut pun dah ++ ni.. hehe..

Bahagian Geoteknik dan Forensik
Walaupun praktikal dekat JKR ni tak dapat elaun tapi berbaloi tau..... Nak tau buat lah praktikal dekat JKR atau mana-mana jabatan kerajaan nanti korang pasti tau.. hehe..

1st Week

Briefing kerja-kerja yang kitaorang akan buat dekat Bahagian Geoteknik dan Forensik.
Pergi buat lawatan forensik dekat Batu Arang, Selangor, kawasan bekas runtuhan di Bukit Antarabangsa (singgah rumah Siti Nurhaliza) dan pergi Kondominium Impian Selatan.
Pastu adalah wat calculation sikit. 
(Bos belanja makan)
Buat Report lawatan forensik
Las sekali tengok pelan dan extract data dari pelan tu.. Fuh 1st week dah macam ni kan.. Tapi have fun jer...

2nd Week

Discuss progress kerja-kerja yang akan kitaorang buat dalam minggu ni.
Pergi buat lawatan forensik dekat Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan Hulu Langat.
(Bos belanja makan)
Buat Report lawatan forensik

Ni lah antara hasil lawatan forensik:

Kawansan Balai Polis Batu Arang, Selangor



Kawasan Bekas Runtuhan di Bukit Antarabangsa



Kondominium Impian Selatan



Dekat Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor 



Habis dah 2 minggu kat JKR. Next week pon dah ada banyak kerja dan report yang nak kena buat. Apa-apa enjoy and have fun jer la kan...


Monday, May 16, 2011

nurhafiz2009 / ALL IN ONE bagi duit. (giveaway)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Nak join klik banner di atas atau klik SINI
Tarikh tutup tak tau bila..
Jom join jangan segan-segan ya!!


from tesco.com.my

Hah ni la hadiah untuk GA ni..

Jom Join HeartBeat!!

Sunday, May 15, 2011

Saudagar Musafir Cheesetart Giveaway

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..



Nak join klik je kat banner tu atau klik SINI


Saturday, May 14, 2011

Perlawanan EPL Blackburn Rovers vs Manchester United

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Hai Readers!!

Minggu ni Perlawanan EPL sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Red Devils seluruh dunia..
1 mata sahaja diperlukan untuk pasukan kendalian Sir Alex Ferguson menjadi Juara EPL musim 2010/2011 kali ke-19.

Kemenangan ini juga bakal memadamkan rekod Liverpool yang memegang 18 kali menjadi juara EPL..
Perlawanan di antara Blackburn Rovers vs Manchester United akan berlangsung 14 Mei 2011 jam 7.00 mlm.
Jom sama-sama kita saksikan kemenangan ke-19 Red Devils selepas Borussia Dortmund  juarai Liga Jerman, AC Milan juarai Liga Itali dan FC Barcelona juarai Liga Spanyol.

Barisan kemungkinan :

Blackburn Rovers (4-5-1):
Robinson, Emerton, Samba, Givet, Olsson; Diouf, J Jones, N'Zonzi, P Jones, Hoilett; Roberts.

Manchester United (4-4-2): 
Kuszczak, Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra; Park, Fletcher, Carrick, Giggs; Rooney, Berbatov.


New Header from Kei Seichi!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Helo Readers!!
Hampir seminggu gak saya tak update blog ni kan..
Saya sekarang tengah sibuk dengan Latihan Industri lebih famos kita panggil praktikal.. Tapi orang JAWA panggil Intership je.. huhuhu..
Disebabkan terlalu sibuk (sibuk la sangat kan.... huhuhu) saya jarang buka blog ni.. First sekali setelah sekian lama tak update entri, entri ni saya nak show off saya punya header baru...

Ni la...
-----
----
---
--
-


Hah apa kata korang ok tak??
Saya suka yang simple2 je.. hah ni lah result nya tau..
Inilah hasil kreatif Bro Kei Seichi tau..
Walaupun ramai gak yang nak Free Header By Kei Seichi akhirnya saya punya telah pon siap..
Kredit sangat-sangat kat Bro Kei Seichi...

Kalau korang nak Free Header By Kei Seichi korang klik je banner kat bawah ni.. 
Tak pon korang klik  S I N I

Kredit to Kei Seichi

Kat bawah i lak Header Bro Kei Seichi.. 
Korang wajib terjah tau.. 
Blog Bro Kei Seichi kompem tak kan buat korang menyesal kalau korang terjah selaloo.. hehe..

Kredit to Kei Seichi


Sunday, May 8, 2011

Perlawanan EPL Manchester United vs Chelsea

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Hai Readers!!
Jom kita tengok perlawanan yang mungkin bakal menentukan Juara EPL 2010/2011.
Perlawanan diantara Manchester United vs Chelsea pada 8 Mei 2011 jam 11.10 waktu Malaysia..

Mata terkumpul terkini adalah Manchester United ( 73 mata) dan Chelsea ( 70 mata).. Jika Chelsea menang pertemuan ini Chelsea merampas kedudukan pendahulu liga dengan perbezaan mata dan jika Manchester United yang menang jurang sebanayak 6 mata akan megukuhkan lagi kedudukan Red Devils sebagai pendahulu liga.

Barisan Kemungkinan :

Manchester United (4-4-2)
Van der Sar; Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra; Nani, Carrick, Giggs, Park; Rooney, Hernandez
.

Chelsea (4-3-3)
Cech; Ivanovic, Luiz, Terry, Cole; Essien, Mikel, Lampard; Malouda, Drogba, Kalou.


Happy Mother's Day

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Entri kali ni ringkas dan sangat bermakna..
Saya just wanna wish "HAPPY MOTHER'S DAY" to all mother in world..
dan yang paling saya sayang iaitu ibu saya, 
PUAN TUMINAH BTE SASTRO PAWIRO..


Ni la ibu kesayangan saya..hehe yang kirilah bukan kanan tu... huhuu


Saturday, May 7, 2011

Queenpink lucky follower

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Jom join Queenpink Lucky Follower... Klik banner or klik SINI

Due Date 18 MEI 2011 JAM 12 tgh mlm...

Friday, May 6, 2011

Free Header by Kei Seichi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hah!! Kali ni saya nak join Free Header by Kei Seichi... huhuhu...
Saya sebenarnya kurang arif nak buat header.. heheh..
So, saya perasan lah Kei Seichi ada buat free header jadi saya pun nak gak lah header tu kan.. 
Sapa lah yang tak nak free header kan..

Nak header free klik banner atas ni...

Ok misi bermula :

Size Header
saya pun tak tau lah.. tak kisa lah yang penting sesuai lah kan..

Background color
Nak Transperent lah.. tak pun kaler merah.. ikut mne yang sesuai lah.. huhu bley x??

Ayat yang nak diletak
Saya nak letak 
"LIRIK-LIRIK KEHIDUPAN-KU"

Font
font pon ikot kesesuaian lah..

Gambar


sye nak letak gambar ni.. mcm header sye tu.. letak kat tepi belah kanan..


Contact

email : abdulri_afifi@yahoo.com


Lain-lain
mmm.. xde lah.. yang penting header smart la.. sebab sye minat muzik konsep nya nak ala-ala muzik ea.. huhuhu...


Korang sume dialu-alukan tuk join tau... Klik  SINI

Oh!! BTN...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!
Hari ni saya agak "gembira" sebab dapat "hadiah" istimewa dari Yayasan Bank Rakyat..
Ni la "hadiah" nya tau

-
-
-
-
-
-


Hah ni lah "hadiah"nya

"Dimaklumkan bahawa saudara/saudari adalah terpilih bagi mengikuti Program Khas untuk Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR). Program tersebut akan dijalankan selama 4 hari 3 malam pada 23 Mei 2011 sehingga 26 Mei 2011.."

Yang dimaklumkan ni Program Biro Tatanegara (BTN). Kitaorng wajib attend..
Memang la nak gi lagi pon member-member ramai yang gi gak tapi masalah nya time tu saya ada praktikal la.. Tadi baru telefon lecturer, die cakap tak boleh kacau masa praktikal. Tapi mungkin boleh kot sebab next sem  start bulan 9, jadi takkan tangguh praktikal seminggu tak boleh kan.. Isnin ni saya nak try telefon lagi.. Harap-harap lah boleh tangguh praktikal ni..

Thursday, May 5, 2011

Keputusan Penuh Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Berikut keputusan Penuh Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama

Real Madrid vs Barcelona                  (0 - 2)
Schalke 04 vs Manchester United   (0 - 2)

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua

Barcelona vs Real Madrid                  (1 - 1)
Manchester United vs Schalke 04   (4 - 1)

Barcelona menang dengan aggregat 3 - 1 ke atas Real Madrid 
manakala Manchester United menang dengan aggregat 6 - 1 ke atas Schalke 04..

Barcelona akan bertemu Manchester United di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011. Jom kita tunggu apa yang akan berlaku nanti... 

Wednesday, May 4, 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


SAYA DAPAT BANNER NI DARI

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Liga Juara-Juara Eropah 2011: Manchester United vs Schalke 04

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Hai readers..  

5 Mei 2011, jam 2.45 pagi ni perlawanan kedua peringkat separuh akhir di antara Manchester United dan Schalke 04. Seperti yang semua tahu keputusan perlawanan pertama berpihak kepada Manchester United iaitu 2-0 mengalahkan Schalke. Perlawanan kedua mungkin berpihak kepada pasukan tuan rumah, Red Devils tetapi bola itu bulat pelbagai kemungkinan akan berlaku. Barisan pemain kendalian Sir Alex Ferguson akan memastikan tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011 akan menjadi milik Red Devils. Barisan pemain Red Devils mungkin akan berubah sedikit daripada pelawanan pertama.

Barcelona telahpun mengesahkan slot perlawanan akhir walaupun seri 1-1 ketika bertemu Real Madrid pada perlawanan kedua, awal pagi tadi. Barcelona menang dengan aggregat 3-1. Pastinya Barcelona tidak sabar menanti lawannya di akhir nanti. Jika Red Devils berjaya mara ke perlawanan akhir nanti, perlawanan tersebut pasti akan mejadi perlawanan yang di tunggu-tunggu..

Sunday, May 1, 2011

Arsenal Hidupkan Peluang Chelsea Setelah Menang Lawan Man Utd.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hai readers!!
Saya baru lepas tengok bola Manchester United lawan Arsenal..
Tension Arsenal menang.. Kira rekod lah sebab Arsenal dah lama tak menang lawan Man Utd tau..
Tapi lagi frust sebab Chelsea menang lawan Tottenham semalam..
Sekarang persaingan untuk Juara EPL 2010/2011 kembali terbuka untuk Chelsea..
Arsenal dah tak ada peluang lah untuk menang setakat no 2 mungkin boleh lagi...

Minggu depan Manchester United akan lawan Chelsea di Old Trafford.. Man Utd mesti menang kalau nak jadi Juara Liga 2010/2011 walaupun perlawanan Man Utd dan Chelsea di Stamford bridge perpihak kepada Chelsea dengan 2 - 1.

Berikut keputusan terkini perlawanan Liga EPL :

 Sumber livescore.com

Keputusan perlawanan Chelsea vs Tottenham Hotspur:

 Sumber livescore.com

Keputusan perlawanan Arsenal vs Manchester United :



Selamat Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Hai readers!!

"Happy Labour Day" buat semua pekerja yang bersusah-payah mencari duit.. 

Selamat bercuti...

Jom rehatkan badan sehari..

Kalau nak makan angin jangan lupa berhati-hati di jalan raya tau..

Pandu cermat jiwa selamat..

Ingat lah esok kne sambung keje lagi tau bukan "cuti selamanya"...

Wah dah macam iklan dah ni...

Ok.. Selamat Hari Pekerja!!!


Sumber google

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sumber Cik Izyan

Hai readers!!!!

Jom join Giveaway dari Cik Izyan.. Nak join sila klik banner di atas. Terjah je blog Cik Izyan ni, jangan segan dan malu, kompem korg tak rugi la.. blog Cik Izyan ni simple but cute tau.. hehehe...

Cik Izyan telah tetapkan beberapa syarat tau kalau nak join giveaway ini :

1) Korang mesti "Pengikut Setia" blog Cik Izyan tau.. Faham tak kalau tak faham 
tengok gambar kat bawah ni.. hah ni la "Pengikut Setia" Cik Izyan.. hehe.. 
Nak jadi "Pengikut Setia" senang je klik follow (dalam bulatan kuning) tu... mudah je..
Sumber Cik Izyan

2) Pastu korang letak header lama Cik Izyan (seperti banner di bawah) dalam entri korang. 
Pastu link kan dengan entri giveaway Cik Izyan
Cik Izyan cakap tak kisah lah nak letak banner kat sidebar.

Sumber Cik Izyan

3) Korang boleh lah buat entri yang simple pasal Giveaway ini..
Pastikan korang letak tajuk entri tu "IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY"..
Macam saya buat ni dalam gambar di bawah (dalam bulatan kuning).. Ok kan..



4) Then, korang mesti kena tag member-member blogger korang tau.

Saya nak tag :

dan


5) IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY ini akan expired pada 
BILA-BILA MASA je tau atas permintaan kawan2 blogger. 
Sekarang masih boleh lagi kalau nak join..

6) Last sekali, lepas korang buat entri, korang kena tinggalkan entri korang kat 
ruang Peluru Berpandu (komen) 
(seperti di bawah)..

Sumber Cik Izyan

HADIAH-HADIAH yang telah disediakan ialah :


Grand Prize : Wang tunai RM100 (Cik Izyan pilih sendiri tau)
Second Prize : Sekotak chocolate moist brownies
5 saguhati : review blog setiap bulan sampai ada giveaway seterusnya.



Masih sempat lagi nak join tau mari kita ramai-ramai join... 
Nak join klik banner kat atas sekali atau klik S I N I


Related Posts with Thumbnails