Jom singgah cerita-cerita menarik

Tuesday, July 19, 2011

Adoi Susahnya Facebook Sidebar Chat Baru!!

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hah korang semua ada perasan tak perubahan pada facebook?? Ala jangan cakap korang tak ada facebook. Penduduk Malaysia antara yang paling banyak pengguna facebook tau. Kita kan mengikuti harus globalisasi dunia.. haha.. Merepek dah.. Tak ada lah nak bagitau lah kalau korang ada facebook kan, dekat sidebar chat dalam facebook sekarang berwajah baru kan. Mungkin ada yang belum tukar lagi tetapi bagi sesiapa yang sudah bertukar baru ni lah kan rupanya
..................
.............
........
....
..
.

Facebook sidebar chat yang bar ni agak susah nak tengok siapa yang online atau tidak.
Sidebar chat tu kadang-kadang tunjuk nama "friend" yang selalu chat dengan kita jer.
Tu yang susah. Kita nak "search" nama member pun kadang-kadang susah sebab member ni famous sangat sampai susah nak sebut nama dorang.. huhu..

Hah korang rindu tak sidebar chat yang lama nye..
Korang try la klik sini



Hah tapi chat lama yang ni ada kelemahannya gak tau. Kalau korang nak tahu klik je dulu link kat atas tu, Kalau ok guna je lah, kalau macam tak ok takpelah. At least kita cuba kan... huhu.



Dah baca entri singgah sini lah


Sunday, July 17, 2011

Bloglist ADIB SYAZWAN

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Kali ni nak join Bloglist Bro Adib Syazwan
Kalo korang join senang je klik banner atas tu.

Saturday, July 16, 2011

Siti Nurhaliza-Falling In Love (APM 2011)

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!
Semalam telahpun berakhir Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 yang berlangsung di Max Pavilion, Singapore Expo, Singapura. Dato' Siti Nurhaliza telah membuat persembahan secara live single pertama dalam Album Inggeris baru Dato' Siti iaitu Falling In Love. Jom layan lagu Falling In Love.


sumber youtube

Klik Sini



Keputusan Penuh Anugerah Planet Muzik 2011

Assalamualaikum Dan Salam 1Maalysia..



Ini keputusan penuh Anugerah Planet Muzik 2011 yang bertempat di Max Pavilion, Singapore Expo, Singapura. Calon-calon artis boleh tengok di S I N I.

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA) / BEST VOCAL (NEW FEMALE ARTISTE)
Amanda Imani, Selamilah Cinta


VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI) / BEST VOCAL (NEW MALE ARTISTE)
Sandhy Sondoro, Bunga Mimpi


VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU) / BEST VOCAL (NEW DUO/GROUP)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet, Kalau Berpacaran


DUO/KUMPULAN TERBAIK / BEST DUO/GROUP
3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila. 3 Suara


LAGU TERBAIK SINGAPURA / BEST SONG (SINGAPORE)
Lagu Teman, The Lion Story feat. Zahidah
Komposer: Haramain Osman 

Penulis Lirik: Haramain Osman


ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR / MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE

Hady Mirza


LAGU TERBAIK MALAYSIA / BEST SONG (MALAYSIA)
Awan Nano, Hafiz
Komposer: M Nasir
Penulis Lirik: Buddhi Hekayat


LAGU TERBAIK INDONESIA / BEST SONG (INDONESIA)
Cintailah Aku Sepenuh Hati, Ari Lasso
Komposer: Sandy Canester & Pay
Penulis Lirik: Ari Lasso


LAGU SINGAPURA PALING POPULAR / MOST POPULAR SINGAPORE SONG
Angkasa, Hady Mirza


LAGU SERANTAU PALING POPULAR / MOST POPULAR REGIONAL SONG
Angkasa, Hady Mirza


ARTIS LELAKI TERBAIK BEST MALE ARTISTE
Faizal Tahir, Adrenalin


ARTIS WANITA TERBAIK BEST FEMALE ARTISTE
Rossa, Harmoni Jalinan Nada & Cerita


KOLABORASI TERBAIK BEST COLLABORATION
Sayang, Dayang Nurfaizah & Marcell
Komposer: Omar K
Penulis Lirik: Nuur Iman


LAGU TERBAIK APM 2011
Awan Nano, Hafiz. Cipt. Dato' M. Nasir & Budi Hikayat


ANUGERAH KHAS APM 2011
Melly Goeslaw


ALBUM TERBAIK / BEST ALBUMEnergi, Kotak
Penerbit: Pay BIP


ANUGERAH ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
Dato' Siti Nurhaliza



Buat peminat Dato' Siti Nurhaliza, kemenangan Anugerah Artis Serantau Paling Popular 2011 adalah anugerah terakhir Dato' Siti Nurhaliza bagi kategori popular kerana setelah memegang gelaran tersebut selama 10 tahun dan tahun hadapan tiada lagi percalonan Dato' Siti dalam kategori popular. Tahniah di ucapkan buat Dato' Siti kerana berjaya sampai ke tahap sekarang. Video di bawah ini kemenangan Dato' Siti dalam APM 2011.


sumber youtube



sumber : TekanPlay.com

p/s : Tahniah buat artis Malaysia yang berjaya seperti Hafiz, Faizal Tahir, NIng Baizura, Shila, Jac dan yang terakhir buat Dato' Siti yang berjaya memenangi sekali lagi Anugerah Artis Serantau Paling Popular...

Dah baca singgah sini.
readbud - get paid to read and rate articles

Friday, July 15, 2011

2 Wanita Kena Simbah Asid Di Seksyen 24, Shah Alam

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Sumber google

Hai Readers!!
Semalam saya baru je balik dari BTN di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor dan saya dapat berita yang member saya kena simbah asid kat Uptown Seksyen 24, Shah Alam. Saya masih belum dapat cerita yang sebenar apa yang saya dengar 2 orang member saya tu baru nak naik kereta di tempat parking kat kawasan Uptown Seksyen 24 tu. Pastu ada 2 orang tahan dorang. sorang simbah asid kat member saya, lepas kena simbah member saya terus lari kat tempat yang ramai orang dan sorang lagi member saya berjaya masuk ke dalam kereta. Cuma terkena sedikit. Orang yang simbah asid tu mengetuk-ngetuk dari luar kereta sambil member saya tekan hon sebanyak mungkin. Akhirnya dorang lari. Saya masih tidak tahu yang penjenayah tersebut sudah di tangkap atau belum.

Sekadar peringatan agar semua orang berhati-hati terutamanya wanita, walau dimana jua anda berada mungkin kejadian ini akan berulang lagi. Korang perlu berjalan secara berkumpulan dan elakkan dari berjalan ditempat yang sunyi.


Di bawah ini video 2 wanita yang terkena asid tetapi kualiti video kurang baik..


sumber youtube

Dah baca singgah sini k...



BEN ASHAARI dan SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Fuh setelah 4 hari "bercuti" dari blog ni lah first entri selepas balik dari BTN kat Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Kali ni nak join segmen Abg Ben dulu lah..


Klik banner kalo nak join k.


Singgah sini


Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Nak join segmen Abg Ben klik banner k..

Meh jemput ke rumah saya yang tak seberapa cantik ni..


Singgah sini


(Gambar) Malam Gala SimplySiti TERBAIK!!!

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Semalam 9 Julai 2011 telah pun berakhirnya Konsert Malam Gala SimplySiti. Malam best giler lah. Dato' Siti Nurhaliza telah mendendangkan beberapa buah lagu seperti Biarlah Rahsia tetapi yang paling istimewa Dato' Siti pertama kali telah menyanyikan secara live single baru dalam album terbaru Dato' Siti iaitu lagu Falling In Love. Album Inggeris baru Dato' Siti akan diedarkan pada 9 September 2011. Jangan lupa beli sebab semua lagu pasti memukau.. hehe. Selain Dato' Siti Nurhaliza yang membuat persembahan pada Malam Gala SimplySiti turut membuat pesembahan Amy Search, Aizat dan Ana Raffali. Persembahan yang dimulakan dengan beberapa persembahan dari student agak sedikit bosan ditambah dengan Tolong Ingatkan Aku dari Ana Rafalli wah sungguh sedih.. huhu.. Kemudian Aizat berjaya naikkan sedikit mood malam tu dengan lagu Sungai Lui. Persembahan Amy Serch telah membuat penonton terpukau dengan lagu berhantu selama hampir 30 tahun iaitu Isabella dan lagu Cinta Gila. Suasana Dewan Agong Tuanku Canselor memang bingit dengan nyanyian Amy Serch bersama-sama penonton sekali. Jom tengok beberapa gambar pada malam tersebut (agak kabur kamera murah je... hehehe)














Dah baca klik sini k

Wednesday, July 6, 2011

#5 Wordless Wednesday

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Meh Singgah Sini


Larangan UiTM Kepada Student UiTM "Jangan Sertai Perhimpunan Bersih"


Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..




Seperti yang kita ketahui Perhimpunan Bersih akan diadakan pada 9 Julai 2011. Petang tadi saya buka email dan saya ada terima email dari UiTM. Tajuk email ialah "LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011". Larangan tersebut dikeluarkan di atas arahan Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sendiri. Student harus peka dengan larangan ini jika tidak tindakan yang berat diambil. Sangat jelas perhimpunan tersebut adalah bermotifkan politik dan terdapat agenda tersendiri yang akan mencemarkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum selama ini. Ia juga akan memburukkan imej negara di mata dunia. Mari kita sama-sama berdoa agar keharmonian rakyat Malaysia sentiasa utuh dan dijauhi musibah.

Berikut antara isi kandungan larangan tersebut....





Berikut pula amanat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad......

DEMONSTRASI
Oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Isnin, 4 Julai 2011

  1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.
  2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.
  3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. 
  4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.
  5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.
  6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.
  7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.
  8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?
  9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
  10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.
  11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.
  12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.
  13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.
  14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.
  15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.
  16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.
  17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.
  18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.
  19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.


Dah Baca Klik Sini Pula


Monday, July 4, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Keputusan Penuh Malaysia vs Taiwan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!

Seperti yang kita tahu, walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan pada pusingan kedua yang di adakan di Stadium Peringatan Taipei, tetapi Pasukan Malaysia telah berjaya ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 4-4 ( kelebihan jaringan tempat lawan ) setelah berbekalkan kemengan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 lepas. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia kami akan sentiasa menyokong.

Jom kita layan semua jaringan gol Pasukan Malaysia pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 dan pusingan kedua di Stadium Peringatan Taipei pada 3 Julai 2011.

Video Jaringan Gol Pasukan Malaysia Pusingan Pertama Di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun 2011.
Gol pertama Safiq Rahim

Gol kedua Aidil Zafuan


Video Jaringan Gol Pasukan Malaysia Pusingan Kedua Di Stadium Peringatan Taipei, 3 Julai 2011.
Gol pertama Aidil Zafuan

Saturday, July 2, 2011

WANTED : Blog link for my bloglists

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Jom join Bloglist Cik Khumaera
Nak join klik je banner tu.




Related Posts with Thumbnails