Jom singgah cerita-cerita menarik

Thursday, August 18, 2011

VIDEO | Awan Jatuh Ke Bumi???

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Tadi masa saya tengah menerjah geng blogger ni, saya ternampak video yang menarik minat saya. Tajuk nya "Awan Jatuh Ke Bumi". Bunyi macam menarik kan. Korang kena lah tengok dan give respon betol ke tak?? Terima kasih buat Dezamancottage.com yang telah kongsi video ni. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni boleh kita renung-renung kan keajaiban alam dan kekuasan Allah.

Jom layan video ni.







Wednesday, August 17, 2011

#7 Wordless Wednesday | Air Terjun Kota Tinggi

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..



Klik Sini


Tuesday, August 9, 2011

Kenangan Puasa Dulu-dulu..

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!


sumber google

Sejak akhir-akhir ni kesian betul kat blog ni sebab dianaktirikan sekejap sebab tengah sibuk buat Final Year Project la. Sori ye 'anakku'. huhu.. Ini adalah sikit masa untuk bermesra dengan 'anakku' sekejap. hehe.. Tengah buka puasa tadi tiba-tiba teringat kenangan puasa dulu-dulu zaman budak-budak yang tak matang lagi. 

Beberapa tahun dulu la, tak ingat bila masa tu yang pasti zaman kecik-kecik lah. Pada suatu malam yang dingin.........

Afifi : Ibu!! Esok puasakan. Kejutkan Epi(panggilan manja kat 
         rumah je.. haha) sahur ea.. 
Ibu  : Yelah!!
Afifi : Jangan lupa tau Epi nak puasa..
Ibu  : Yelah!! Dah pegi Tido nanti ibu kejutkan..
Afifi : Ok.. Kejut tau..

Saya pun tidur dengan harapan nak puasa esok. Harapan berkobar-kobar rasanya.. 
Esok paginya saya bangun dari tidur.

Afifi : Ibu!! Ibu!! Ibu!! Dah pukul bape ni??
Ibu  : Kul 8..
Afifi : Ibu dah sahur ke?
Ibu  : Dah lah.
Afifi : Ala nape tak kejut Epi. Nak sahur sekali.
Ibu  : Tadi dah kejut tapi Epi tak nak bangun.
Afifi : Kejut jelah sampai bangun. Nak puasa lah. Boleh tak nak sahur lagi?
Ibu  : Boleh.. Gi dapur makan. Lauk kat dalam kuali. Meh ibu amikkan..
Afifi : Yeah nak sahur(sangat innocent waktu ni.. hahaha).

Wah sangat kenyang kot masa ni dan puas dapat puasa. Apalah perasaan ibu masa ni kan. Layan je apa yang saya nak. Tapi puasa saya waktu ni pon kejap je.. hehe.. Sebab masa ibu tengah masak hidangan berbuka saya dah pon makan seingatnya tanya ibu dah boleh makan ke? Ibu cakap boleh jadi makan lah. Rupa-rupanya belum lagi daaa.. Sebab tak puas hati kan masa saya makan jemput-jemput saya sumbat jemput-jemput kat mulut kakak saya.. Hahahah.. Jahat tol lah. Nak wat camne kan masa tu tak tahu lagi... Bila la nak Buka sekali dengan famili... Sekian~~

Selamat berpuasa~~



Sunday, August 7, 2011

The Colours Of Ramadhan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Hai Readers!!
Hari genap kita berpuasa hari ke-7. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Rasanya dah lama saya tak join mana-mana giveaway, contest and segmen kan. Kali saya nak join giveaway oleh Bro Eqbalzack. Tema bagi giveaway ni ialah "The Colours Of Ramadhan" bersesuaian sempena kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Hadiah-hadiah untuk giveaway ini telah disumbangkan oleh Puan Nita Zakaria sekeluarga.

Kalau korang nak tau lebih lanjut dan nak join giveaway ni klik banner kat atas tu atau klik SINI..



Ini adalah gambar keadaan selepas kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Madrasah At-Taqwa. Dua minggu selepas kejadian saya telah pergi ke tempat kejadian untuk buat 'forensic visit' bersama beberapa JKR forensik team yang lain (masa ni tengah intern). Peristiwa yang sangat tragis itu telah mangakibatkan sebahagian kawasan rumah musnah. 

Bagaimana nasib anak-anak yatim itu sekarang kan. Sempena bulan puasa ini mungkin mereka kurang merasakan keistimewaan  bersahur dan berbuka seperti orang lain. Jadi moralnya kita harus berjimat dalam menbeli juadah berbuka dan jangan membazir sebab kita perlu bersyukur nikmat rezeki yang Allah bagi kat kita. Bukan semua berTUAH macam kita. Kejadian ini adalah salah satu contoh sahaja tapi kat luar sana masih ramai yang TAK berTUAH macam kita.. 

Renung-renungkan~~


Mari kita sama-sama sedekah AL-FATIHAH untuk kesejahteraan bersama.. AL-FATIHAH~~


Saturday, August 6, 2011

Kenyataan Rasmi Dari SimplySiti Berkaitan Status Halal Produk SimplySiti

Assalamualaikum Dan Salam 1Maalysia..


Hai Readers!!
Entri kali cuma nak bagitau respond daripada pihak SimpySiti setelah khabar angin yang dahsyat berlaku beberapa hari lalu berkaitan keraguaan status halal produk SimplySiti. Saya juga ada tulis entri pasal khabar angin penggunaan BULU BABI dalam produk SimplySiti. Petang tadi saya buka blog saya terima maklumbalas dari pihak SimplySiti. Dato' Siti Nurhaliza selaku Presiden SimplySiti Sdn Bhd sendiri telah komen dalam entri SimplySiti Tak Halal???

Dato' Siti Nurhaliza telah menegaskan produk SimplySiti HALAL.. Korang boleh baca kenyataan Dato' Siti dibawah ini.. Dato' Siti juga akan berjumpa dengan pihak JAKIM untuk berbincang perkara ini.. Untuk selanjutnya korang baca apa yang telah Dato' Siti respon... Kalau korang nak tau ini buktinya.



Berikut adalah kenyataan Dato' Siti Nurhaliza yang saya copy dari SINI





KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
 
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
 
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut
 
BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
 
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
 
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
 
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
 
Sekian, terima kasih.
 Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
 Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011




Terima kasih buat Dato' Siti di atas kenyataan di atas.. Harap semua khabar angin yang lepas tidak lagi menjadi tanda tanya...


 

Keputusan Penuh | Manchester United vs New York Cosmos | Perlawanan Testimoni Paul Scholes

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Semalam Stadium Old Trafford menjadi pentas terakhir buat Paul Scholes dalam arena bola sepak setelah bersara. Perlawanan Testimoni buat Paul Scholes menjadi memori bermakna bagi beliau setelah berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-9 dan lebih bermakna jaringan tersebut adalah "Rocket Goal" yang menjadi trademark Paul Scholes. Pada minit ke-74 Lagenda Paul Scholes digantikan dengan Paul Pogba. 74 minit semalam menjadi pelawanan terkahir Paul Scholes. Berbaki 16minit pemain muda Manchester United meneruskan perlawanan. Rata-rata semua bawah 23 tahun.

Senarai penjaring gol :

Paul Scholes         9',
Wayne Rooney    27',
Anderson             50',
Welbeck              58',
Diouf                   68' 73'.

Good Bye Scholesy!!!

Ketua Eksekutif Manchester United, David GillPengurus N Y Cosmos dan bekas pemain Man U, Eric Cantona, Paul Scholes, Pengurus Man U, Sir Alex Ferguson dan Pele.

Video jaringan "Rocket Goal" oleh Paul Scholes


Good Bye Scholesy!!!!





SimplySiti Tak Halal???

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia..


Hai Readers!!

Hari ini kecoh pasal produk SimplySiti yang di khabarkan tidak Halal!! Kenyataan ini timbul apabila sumber menyatakan pihak JAKIM mengesahkan penggunaan bulu babi pada berus dalam produk SimplySiti.

Berikut antara lampiran yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM





Dato' Siti Nurhaliza juga ada membuat kenyataan balas di twitter seperti di bawah.. 


Walaupun kita lihat surat dari pihak JAKIM seperti sudah sah tetapi bagi saya berharap pihak SimplySiti buat perlu ambil perhatian kerana perkara ini akan menjadi sesuatu perkara yang wajib AMBIL PERHATIAN.

Kami akan menantikan keputusan selanjutnya dari pihak berkaitan.



p/s: Harap-harap DCT bersabar di atas dugaan ini. Sesutu yang berlaku ada hikmahnya. "Tak Senang Nak Senang, Tak Susah Nak Susah"..





Wednesday, August 3, 2011

#6 Wordless Wednesday | Homemade Pizza

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Juadah Berbuka..

p/s : Selamat berpuasa esok hari~~



Related Posts with Thumbnails