Jom singgah cerita-cerita menarik

Saturday, February 19, 2011

Komitmen Anak, Pelajar, Kawan dan Hamba Allah

Ucapan salam buat semua....
Ini merupakan entri pertama tahun 2011...
Tiba-tiba terdetik hatiku untuk entri ni.. hampir 5 bulan tak update blog ni.. Komitmen lain telah menghalang untuk saya meng "update" blog ni... 
Ceeeewaaaaah.... 
Tak ada maknanya kan... Kalau malas cakap la malas...huhu... Ish.. mana ada lah... Memang betul la busy... dh name pon "student"... macam-macam kerja nak buat.. "Assignment" la, kuiz la, test la.... pendek kata semua la..
Sebagai pembuka tirai tahun 2011... Saye nak kongsi sikit mengenai komitmen dan tanggungjawab... Hah sebab tadi pon saya dah sebut mengenai komitmen "student" ialah "study" kan.. Tapi sebenarnya saya nak cakap mengenai komitmen dan tanggungjawab saya sabagai
ANAK, STUDENT as known as " PELAJAR", KAWAN, dan yang paling penting dah tentu la HAMBA ALLAH.....

>>Sebagai Seorang ANAK 
Gambar ni masa tolong ayah kat ladang

Maksud saya bukan lah tolong kat ladang saja tapi sebagai seorang anak kita perlulah ingat IBU dan BAPA  tiada pengganti... Oleh itu, kita perlu patuh kepada meraka.. Kalau yang jauh, sekali-sekala telefon lah.. Percayalah suara kita akan buat IBUBAPA kita tenang seketika sebab selagi IBUBAPA kita tak tahu yang kita tiada masalah, mereka tidak akan pernah lupa memikirkan kita...


>>Sebagai Seorang PELAJAR 

Gambar di bilik belajar di UiTM Shah Alam

Saya nak tanya cikit boleh tak? Ala satu soalan saja. Senang saja. Yang penting lebih senang daripada jawab soalan "Final Exam". Saya nak tanya, sayaaaaaaa.~~~~ RAJIN tak? mmmm... Jujur saja.. saya tak kisah pon.. Tapikan gambar kat atas dah ada jawapan pon.. huhuhu... Malulah macam ni....(tiba-tiba cakap sorang-sorang dan senyum sorang-sorang pagi-pagi buta ni)... 
Ala "relax" la kan.. Gambar kat atas ni nak tunjukkan komitmen saya sebagai seorang pelajar.. BELAJAR...
(walaupun kurang rajin nak belajar)...

>> Sebagai Seorang KAWAN 

Gambar ni saya dan kawan-kawan pergi ke 
The Carnivall di Sungai Petani, Kedah

Orang kata, Kawan masa suka ramai tapi kawan masa duka sikit saja.. Betul takkata-kata tu.. mungkin betul kan.. Siapa yang nak susah kan.. Tapi setakat ini saya sedaya-upaya jadi seorang kawan dan sahabat tika senang dan susah.. Mungkin susah nak puaskan hati semua orang kan tapi saya akan cuba yang terbaik...


>>Sebagai Seorang HAMBA ALLAH


Yang paling penting sebagai orang yang beragama Islam ialah patuh semua perintah-Nya dan meninggalkan segala larang-Nya., Dengan melakukan segala perkara yang di atas,ia sudah dikira melakukan serba-sedikit tanggunjawab kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu marilah "AMAL MA'ARUF, NAHI MUNGKAR".. 

Semoga kata-kata saya yang tidak seberapa ini boleh mengingatkan sesama kita...

SEKIAN~~

2 comments:

Arthur said...

Thanks for taking the time to share this

Arthur said...

Thannk you for being you

Related Posts with Thumbnails