Jom singgah cerita-cerita menarik

Friday, March 26, 2010

BENJY Ditangkap semula selepas 5 minit

BENJY ditahan semula oleh polis selepas membayar wang jaminan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.




kegembiraan seniwati Azean Irdawaty yg b'temu semula dengan anak kesayangannya,Benjy setelah dua minggu t'pisah kerana ditahan reman sebab dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah kondominium pada 12 Mac lalu hanya mampu bertahan 5 minit je.

Benjy yg tlh diikat jamin oleh emaknya sebanyak RM2,000 di luar kaunter pembayaran jaminan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini semalam, telah ditangkap semula....


Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, sebelum itu dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki syabu jenis metaphetamine seberat 0.24 gram.

Benjy dengan tenang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di APM, A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B persimpangan Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang 11 Mac lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hafizza Sauni membebaskan tertuduh dengan jaminan RM2,000 dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes.

No comments:

Related Posts with Thumbnails