Jom singgah cerita-cerita menarik

Saturday, March 27, 2010

MAN U buru kemenangan ketujuh berturut-turut



Manchester United berdepan Bolton Wanderers awal pagi esok dengan tekad melebarkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris, berbekalkan prestasi terbaik musim ini.

Penyandang juara itu berkunjung ke Stadium Reebok untuk memburu kemenangan ketujuh berturut-turut dan yakin kerana penjaga gol, Edwin van der Sar dan dua tonggak pertahanan, Rio Ferdinand serta Nemanja Vidic tampak kental di kubu terakhir.
Dengan pasukan kendalian Alex Ferguson ini hanya dibolosi dua kali dalam enam perlawanan terakhir, United kini di persada liga sambil diekori rapat Chelsea, yang mampu memintas seketika jika dapat menewaskan Aston Villa, hari ini. Sebelum kemenangan 3-0 ke atas Fulham, Ferguson mendesak skuadnya memenangi baki sembilan perlawanan Liga Perdana. Menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford hujung minggu lalu - satu petanda baik yang menunjukkan kemenangan mudah dapat disusuli apabila bertemu Bolton.

Sepanjang 10 pertemuan dengan Wanderers, United menang sembilan termasuk empat pertemuan terakhir yang hanya memberikan Bolton satu gol.

Perlawanan ini tentunya terlalu awal buat Owen Hargreaves, yang kali terakhir beraksi 18 bulan lalu selepas cedera di bahagian lutut, dan hanya bermain 45 minit dalam liga simpanan minggu lalu.

Dia sepatutnya turun sekali lagi bersama skuad simpanan kelmarin, tetapi pertemuan dengan Burnley ditunda dan Hargreaves dipanggil semula berlatih bersama skuad utama. Ferguson bagaimanapun mengetepikan bekas pemain Bayern Munich itu daripada skuad Liga Juara-Juara..

sumber : BERITA HARIAN

No comments:

Related Posts with Thumbnails