Jom singgah cerita-cerita menarik

Saturday, April 3, 2010

United kena terus saingan tanpa Rooney




Adakah Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terlalu bergantung dengan Wayne Rooney?

Soalan itu telah membuat Alex Fergusan naik berang........



Apa yang United akan lakukan sekiranya ayam tambatan itu mengalami kecederaan, Ferguson diajukan soalan lg?

Saya tidak pernah memikirkannya, balas pengurus berbangsa Scotland itu.


Anda mahu memburukkan lagi keadaan kami?.
Ferguson berkata demikian dalam sidang media di padang latihan terpencil Carrington di luar bandaraya Manchester, sehari selepas Rooney membantu menjaringkan dua gol ketika membelasah AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.


Rooney, yang sudah menjaringkan 34 gol musim ini, cukup penting bukan saja bagi kempen United dalam liga tetapi juga buat pengurus skuad kebangsaan England.
Cukup melegakan apabila kelab itu mengesahkan penyerang England itu hanya mengalami kecederaan ligamen yang ringan dan tiada tanda retak tulang.



No comments:

Related Posts with Thumbnails