Jom singgah cerita-cerita menarik

Sunday, July 10, 2011

(Gambar) Malam Gala SimplySiti TERBAIK!!!

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Semalam 9 Julai 2011 telah pun berakhirnya Konsert Malam Gala SimplySiti. Malam best giler lah. Dato' Siti Nurhaliza telah mendendangkan beberapa buah lagu seperti Biarlah Rahsia tetapi yang paling istimewa Dato' Siti pertama kali telah menyanyikan secara live single baru dalam album terbaru Dato' Siti iaitu lagu Falling In Love. Album Inggeris baru Dato' Siti akan diedarkan pada 9 September 2011. Jangan lupa beli sebab semua lagu pasti memukau.. hehe. Selain Dato' Siti Nurhaliza yang membuat persembahan pada Malam Gala SimplySiti turut membuat pesembahan Amy Search, Aizat dan Ana Raffali. Persembahan yang dimulakan dengan beberapa persembahan dari student agak sedikit bosan ditambah dengan Tolong Ingatkan Aku dari Ana Rafalli wah sungguh sedih.. huhu.. Kemudian Aizat berjaya naikkan sedikit mood malam tu dengan lagu Sungai Lui. Persembahan Amy Serch telah membuat penonton terpukau dengan lagu berhantu selama hampir 30 tahun iaitu Isabella dan lagu Cinta Gila. Suasana Dewan Agong Tuanku Canselor memang bingit dengan nyanyian Amy Serch bersama-sama penonton sekali. Jom tengok beberapa gambar pada malam tersebut (agak kabur kamera murah je... hehehe)














Dah baca klik sini k

1 comment:

GR said...

aku nampak capit!! haha

Related Posts with Thumbnails