Jom singgah cerita-cerita menarik

Tuesday, March 8, 2011

Raja Azura, Shira dan Zizan Hos ABPBH2010


Zizan Raja Lawak akan bergandingan dengan dua 'Hot mama' iaitu Raja Azura bersama Sharifah Shahirah atau Shira megacarakan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 3 April 2011, jam 9 malam.

Pengumuman ketiga-tiga hos itu telah dimaklumkan dalam satu majlis sidang yang telah berlangsung di Holiday Villa, Hotel & Suite petang semalam. Malah, sidang media itu turut mengumumkan senarai artis-artis yang akan menyampaikan trofi dan yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.

Pada majlis itu juga, penganjur turut mengumumkan penglibatan Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja, manakala Celcom Axiata Berhad pula selaku penaja utama. Penyerahan tajaan telah dilakukan oleh wakil penaja masing-masing kepada Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Encik Mahfar Ali merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Bertemakan Moden Klasik, acara gilang-gemilang yang diadakan dengan tujuan untuk memartabatkan penggiat seni tanah air ini akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands serta bersiaran langsung di TV3. Ia juga akan ke udara menerusi Hotfm, jam 9 malam, 3 April 2011.


Sumber: Beautifulnara


Berikut senarai penuh penyampai trofi dan artis membuat persembahan:-


Penyampai trofi
1. Aeril Zefril
2. AG- Hot FM
3. Ahmad Idham
4. Aida Aris
5. Aida Khalida
6. Anita Sarawak
7. Ashraf Muslim
8. Bintang Idola
9. Dynaz Mokhtar
10. Fahrin Ahmad
11. Faizal Tahir
12. Fasha Sandha
13. Fizz Fairuz
14. Hans Isaac
15. Irma Hasmie
16. Jehan Miskin
17. Juliana Evans
18. Kamal Adli
19. Natasha Hudson
20. Raja Azmi
21. Rita Rudaini
22. Sharnaaz Ahmad
23. Shah Jaszle
24. Sharifah Zarina
25. Sheera Iskandar
26. Suraya Hot FM


Artis Yang Membuat Persembahan:
1. Adira
2. Along
3. Altimet
4. Alyah
5. Ana Raffali
6. Angah Raja Lawak
7. Anuar Zain
8. Azlan & The Typewriter
9. Dato' Siti Nurhaliza
10. Ella
11. Farhan
12. Hujan
13. Johan Raja Lawak
14. Nabil Raja Lawak
15. Ning Baizura
16. Shima Bintang Idola
17. Suhaimi Meor Hassan
18. Yuna
19. Zizan Raja Lawak


Sumber : Murai.com
p/s: siapa artis yang dinanti-nantikan buat persembahan??...
      Dato' Siti Nurhaliza la kan.... kompem meletop nanti..

No comments:

Related Posts with Thumbnails