Jom singgah cerita-cerita menarik

Friday, March 18, 2011

Rentetan Peristiwa Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Mesti korang tau entri saya kali ni kan.. Tajuk pun pasal Gempa bumi dan Tsunami di Jepun kan.. huhu.. 
Hari ni adalah genap seminggu peristiwa yang sangat menyentuh perasaan seluruh dunia berlaku di Jepun. Walaupun negara Jepun yang yang mengalami kerosakan teruk akibat Gempa bumi dan Tsunami tetapi dunia juga terkena tempiasnya. Seluruh dunia adalah bersaudara dan jika setiap satu daripada negara terkena musibah negara yang lain pasti akan terasa. Mereka pasti akan memastikan bantuan sampai dengan segera. Saya memang tabik gileerr ar dengan kesatuan yang terjalin setiap negara. Dan yang penting Malaysia salah satu daripadanya...

Berikut antara rentetan Gmpa Bumi dan Tsunami di Jepun:-

Sumber Buletin Utama TV3

11 Mac 2011; Jam 14:46 waktu tempatan, Gempa Bumi dengan magnitud 8.9 pada skala Richter telah melanda Pantai Timur Honshu, Jepun. Susulan daripada gegaran tersebut, Tsunami setinggi 4 meter yang telah meruntuhkan bangunan dan menghanyutkan kenderaan di sepanjang perairan dekat pusat gempa bekenaan.


12 Mac 2011, Letupan loji pertama reaktor nuklear Fukushima dan empat orang cedera.


14 Mac 2011, Letupan kedua loji reaktor nuklear Fukushima dan dijangkakan Jepun akan terancam jika satu lagi loji meletup.Ini telah memusnahkan bangunan serta 11 orang pekerja telah cedera. Paras air menurun di reaktor lain secara mendadak menunjukkan keadaan sangat panas dan bahaya. Amaran juga telah dikeluarkan oleh pihak kuasa Jepun. Lebih kurang 180,00 orang telah dipindahkan bagi mengelak tekena kesan radiasi dan kira-kira 160 orang mungkin terkena kesan radiasiradioaktif itu.

15 Mac 2011, Letupan kedua loji reaktor nuklear Fukushima. Semua penduduk Jepun yang berada di sekitar 20km hingga 30km radius di sekitar loji diminta tidak keluar dari rumah.

Ni pula antara gambar di Jepun akibat Gempa Bumi dan Tsunami:-

Beginilah keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP

Keadaan loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS

Seorang bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo
Negatif radiasi... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun

Helikopter tentera melepaskan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima Daiichi, semalam. - Foto REUTERS
Gambar dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo

Mangsa gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS


Muatan kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


No comments:

Related Posts with Thumbnails