Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Salam buat semua.. Tadi petang saya ada baca surat khabar New Strait Times, tetapi yang lama lah lebih kurang seminggu lepas kot.. Muka depan surat khabar tu bunyi nya lebih kurang "Malaysia Bebas Dengan Telur Tiruan".
Mungkin ramai yang sudah tahu, fenomena telur tiruan telah berleluasa negara China.. Bagi yang tidak tau lagi, telur tiruan ini mungkin secara kasar lebih kurang sama dengan telur ayam yang asli.. Cuba lihat gambar di atas, korang dapat tak beza kan antara telur tiruan dan telur ayam yang asli. Pada mula-mula saya tengok gambar itu pun saya tak tau mana yang asli dan mana yang tiruan.. Dapat tak beza kan yang asli dan yang tiruan.. Hah jawapan nya telur tiruan kelihatan cerah sedikit dan licin berbanding telur ayam asli..
Ni lah rupa isi telur ayam tiruan.. Sama kan..
Ini adalah bahan-bahan buat telur tiruan... Ntah apa-apa jer bahan tu???
Hah bahan-bahan untuk buat telur tiruan terdiri daripada kalsium karbonat, pati, resin, gelatin, alum dan bahan-bahan kimia lain.
Hah ini lah telur tiruan yang siap untuk di goreng..
Untuk mendapatkan cara-cara buat telur tiruan ini klik Sini.
Hehe.. Bukan untuk ajar buat telur tiruan tapi nak bagitau je akibat kepandaian manusia yang digunakan untuk membinasakan manusia sendiri.. Sedih.. Siapa lah yang dah makan telur tiruan tue kan??
Beberapa hari lepas, Malaysia kecoh pasal telur tiruan ada dekat Pulau Tikus, Pulau Pinang.. Walaupun berita ini sudah lama tetapi saya hanya ingin mengingatkan dan sekadar berkongsi berita ini..
Kemudian selepas sample telur yang didakwa telur tiruan di bawa ke makmal untuk kajian, keputusannya telur tersebut sebenarnya telah rosak dan bergred rendah. Hah kan dah selesai..
Fakta Telur Tiruan Tiada Di Malaysia
Telur tiruan tidak pernah masuk ke pasaran malaysia sebab menerusi rekod perdagangan malaysia-china, malaysia tidak import telur dari china ataupun mana-mana negara kerana keperluan telur tempatan untuk rakyat malaysia mencukupi. Tapi kalau makanan lain tue memang ada. Dan patut dipertimbangkan semula. Banyak makanan dari china seperti gula-gula mereka patut diharamkan dari masuk ke malaysia.
Sumber : Pahang Community, sozcyili, zulkbo
2 comments:
selamat malaysia dari telur tiruan..
hehehhehe
Alhamdulillah..
Post a Comment