Jom singgah cerita-cerita menarik

Saturday, May 28, 2011

Penentuan Juara "European Cups" : Manchester United dan Barcelona

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hai Readers!!
Sumber google

Penentuan juara Liga Juara-Juara Eropah 2011 semakin hampir. Stadium Wembley bakal menjadi pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011 awal pagi esok iaitu 29 Mei 2011. Ini merupakan peluang terbaik pasukan kendalian Sir Alex Ferguson untuk menebus kekalahan 0-2 kepada Barcelona 2 tahun dahulu di Rome dan menjadikan pasukan Red Devils sebagai pasukan terkuat di Eropah.

Analisa terkini menunjukkan Barca mantap di bahagian serangan dan Man Utd pula mantap di bahagian pertahanan tetapi apa-apa pun boleh berlaku gandingan Rooney dan Chicharito yang semakin mantap pasti akan menggugat pertahanan Barca. Pertahanan Barca mungkin sedikit goyah kerana kecederaan lutut yang dialami Carles Puyol 4 bulan lalu masih menghantuinya.

Jangan lupa saksikan perlawanan diantara Juara Liga Inggeris 2010/2011 dan Juara Liga Sepanyol 2010/2011 untuk berebut menjadi Juara Liga-Liga Juara Eropah 2011 dan ditabal sebagai Pasukan Terhebat 2011.

p/s: Pilihan saya kompem la Man U. GLORY! GLORY! MAN U.....




No comments:

Related Posts with Thumbnails