Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hai Readers!! Selamat Malam semua..
Hari ini antara hari yang best gak lah.. Kenapa best?? Tadi masa kat pejabat, Bos dengan Brader-brader lain hari ini tak ada sebab ada mesyuarat tergembar pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT ULU LANGAT yang berlaku 21 Mei lepas. Tapi sebelum Bos pergi mesyuarat tersebut ada benda yang lebih penting berlaku tau.. Hari Ahad lepas, saya adalah cari sikit-sikit maklumat pasal kejadian tanah runtuh tersebut sebab saya dapat rasa aura sesuatu yang bakal berlaku nanti (Hari ini lah). huhuhu...
Sumber Berita Harian
Pagi tadi masuk pejabat macam biasa, lepas punch card nak pegi dekat meja dari jauh Bos panggil "Afifi! Sini kejap"... Hah suara Bos dah bergema satu pejabat. Memang dah agak Bos akan panggil nanti.. Saya fikir mesti Bos nak tanya pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT HULU LANGAT kelmarin. Sampai bilik Bos, Bos tanya "Afifi! Awak tahu apa yang berlaku minggu lepas"..
Dengan confident saya jawab "Tahu Encik, TANAH RUNTUH DEKAT HULU LANGAT!!".
"Apa yang awak Pickup (hah ni lah soalan wajib Bos kat kitaorang student praktikal)?" Bos tanya lagi..
"mmmmmmmmmmmmm" tiada jawapan yang keluar dari mulut saya walaupun saya tahu lah sikit-sikit..
"Ok, cuba awak bagitau saya apa yang awak tahu kenapa tanah runtuh kat situ berlaku" Bos tetap tanya lagi..
"Kat situ ada........" Belum sempat saya habis cakap Bos celah jer dengan slumber Bos cakap "Ok, awak amik Semua paper ni awak extract data pasal kejadian TANAH RUNTUH DEKAT ULU LANGAT tu dengan kawan-kawan awak yang lain. Lepas tu, nanti saya panggil kita bincang.
Fuh lega dengar Bos cakap macam tu. Then, saya pun pergi lah buat apa yang perlu.. hehe.
Apa-apa pun saya nak seru kepada Semua Readers, sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelajar yang terlibat dan keluarga mereka.
AL-FATIHAH~~~~~
p/s: mari kita sama-sama membantu mereka tidak kira secara fizikal atau hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.. AMIN....
No comments:
Post a Comment