Jom singgah cerita-cerita menarik

Friday, May 27, 2011

Siti sertai Askar Wataniah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kanan), antara selebriti yang menyatakan persetujuan menyertai Askar Wataniah (AW) menerusi platun khusus dianggotai penggiat seni yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penyanyi nombor satu negara itu memaklumkan kepadanya hasrat menyertai AW selepas mendapat kebenaran suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Selain Siti Nurhaliza, Ahmad Zahid berkata, turut menyatakan persetujuan menyertai platun berkenaan ialah penyanyi Jaclyn Victor; pelakon dan pengacara, Maznah Zolkifli serta beberapa pelakon lelaki terkenal.

“Siti Nurhaliza bersama selebriti lain akan menjadi ikon AW dan diharap penyertaan mereka menarik minat ramai menganggotai pasukan terbabit,” katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semalam.

Ahmad Zahid berkata, seperti anggota AW lain yang menyertai pasukan itu secara sukarela, Siti Nurhaliza bersama barisan artis terbabit tidak terkecuali diwajibkan mengikuti latihan 39 jam setahun, selain perlu mematuhi syarat ditetapkan.

“Kita bercadang membawa semua selebriti mengikuti siri jelajah ke seluruh negara dengan beruniform lengkap bagi menarik golongan muda menyertai AW,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, melanjutkan tempoh latihan serta mengemaskini modul latihan fizikal dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara cadangan sedang diteliti kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan lagi keberkesanan program itu terhadap generasi muda.


p/s: Wah Dato' Siti sekarang semua nak masuk.. Bagus la berkhidmat untuk negara.. Pepepon a best of luck to Dato' Siti k.


3 comments:

NurShahFamily said...

good

Yaya Azura said...

ramai yg jadikan siti idola..nanti ramai la yg join wataniah .. hihi

salam kenal..follow sini ...

Afifi said...

btol2.. mesti nanti rmi msok nk follow siti...

Related Posts with Thumbnails