Jom singgah cerita-cerita menarik

Thursday, June 9, 2011

Jualan Tiket Konsert "MALAM GALA SIMPLYSITI"

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Hai Readers!!

Seperti yang diketahui Dato' Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert di UiTM pada 9 Julai 2011. Ia bersempena setahun umur produk SimplySiti. Pelbagai acara telah di atur sempena Malam Gala SimplySiti nanti. Pada 7 Jun 2011 lepas, jualan tiket konsert Malam Gala SimplySiti telah dibuka. Difahamkan konsert Malam Gala SimplySiti yang akan diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam boleh memuatkan sehingga 5000 orang. Tiket telah dibahagikan kepada ; 2000 tiket untuk student dan 3000 tiket untuk peminat atau pengguna SimplySiti yang lain. Sehingga kini lebih 200 tiket untuk student telah dijual dengan harga RM38. 

Untuk mendapatkan informasi bagaimana mendapatkan tiket boleh telefon ditalian 03-55444860 atau klik SINI



p/s : Mari kita memeriahkan konsert Malam Gala SimplySiti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails