Jom singgah cerita-cerita menarik

Monday, June 27, 2011

Pengalaman Di Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa, Hulu Langat, Selangor

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


Korang semua masih ingat lagi tak pada 21 Mei 2011 lepas, kejadian tanah runtuh di belakang Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Kejadian tanah runtuh tersebut telah meragut 16 nyawa dan antara kejadian tanah runtuh yang agak kritikal sebab melibatkan kehilangan nyawa yang ramai dan kebanyakkannya kanak-kanak. Saya berkesempatan pergi ke tempat kejadian bersama staf JKR dan student praktikal yang lain. Kami ditugaskan buat satu report pasal kejadian tersebut dan cara mengelakkan kejadian ini tersebut berulang.

Pengalaman saya di sana sangat berharga sebab ini kejadian yang baru terjadi jadi saya boleh pelajari banyak benda. Sepanjang saya di sana, masih terdapat bau yang busuk. Kawasan rumah yang berselerak dan kerja-kerja pembersihan baikpulih masih di lakukan. Memang sedih gak lah tengok tempat yang dah tak rupa rumah dah semua bersepah sana-sini. Saya kongsikan beberapa gambar di tempat kejadian.































1 comment:

Related Posts with Thumbnails